cikcomot

Friday, March 11, 2011

FrI3Nd



hidup ini susah kita nak DUGA....kadang kala kita
rasa DEKAT dengar SESEORANG tu.tapi sebenarnya
JAUH.walaupun kita dapat GENGGAM TANGAN dia.
belum tentu HATI dia kita dapat SELAMI.mungkin kita
boleh buat dia KETAWA tapi kita tidak tahu apa
maknanya SENYUMANNYA. bila dia menangis,
kita sangka kita dapat MEMUJUKNYA...
walhal, KEHADIRAN kita LANGSUNG TAK
DISENANGI. rencah dunia,
kita takkan tahu siapa KAWAN 
dan LAWAN sehingga sampai
saat kita JATUH TERSUNGKUR
adakah tangan DIHULURKAN
atau kita DITINGGALKAN...

sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita.
ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan kawan.
kerana dia juga seorang manusia.
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan.
jadilah kita kawannya itu.
kita selalu melihat dia ketawa,
tapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka.
di sebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan.
di sebalik ketenangannya,
mungkin tersimpan
seribu kekalutan.
kita tidak tahu.... tetapi
jika kita cuba
jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu...


sahabat yang baik...
umpama pembawa minyak wangi,
mungkin dia akan memberikannya kepadamu atau
kamu membeli darinya, atau kamu akan mendapat
aroma harum darinya..
tetapi sahabat yang tidak baik (jahat).
diumpamakn seperti peniup dapur tukang besi
mungkin dia akan membakar pakaianmu
atau mungkin kamu akan
mendapat bau busuk
darinya....








No comments:

Post a Comment