cikcomot

Saturday, February 19, 2011




Alkisah nak diceritakan, seorang pemuda miskin bernama afiq, berasal dari nogori 9. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana.Tidaklah disebut miskin. emak nyer hari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Kerana kegigihannya, afiq berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke kolej universiti shahputra, walaupun dengan perbelanjaan seadanya. Semasa semester 3 di kolej, afiq jatuh hati pada seorang gadis bernama bella, yg sama-sama kuliah di fakulti yang sama. bella adalah anak pengarah dan ketua di kolej itu. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai. Ayah bella yang mengetahui anaknya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta anaknya. Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanyapun diselenggarakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi p'nikahan mereka. emak afiq yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian,langsir, sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya. Bahagiakah bella bersanding dengan afiq ??? Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun memasuki peraduan dengan bahagia.Namun,ketika afiq membuka pakaiannya dan hanya memakai seluar dalam, berteriaklah bella dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. afiq masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan.. (???????????) Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. Aduh!!! afiq lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh emaknya, dibuat dari kain guni tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,”BERAT BERSIH 50 KG” . Sudah tentu bella terus pengsan melihatnya. bella tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.


No comments:

Post a Comment